fakta-mengenai-protin-kolagen-marin

Fakta mengenai protin kolagen marin

Apa itu Kolagen?
Kolagen adalah sejenis protein yang mempunyai sifat ketegangan yang kuat. Kolagen boleh didapati dalam semua bahagian dalam tubuh manusia, termasuk kulit. Dengan kehadiran kolagen dalam kulit kita, kulit mendapat keanjalan dan kekuatannya. Penampilan kulit kita banyak dipengaruhi oleh jumlah kuantiti kolagen dalam kulit. Jumlah kolagen menurun ketara dengan penuaan, dan ini menyebabkan berlakunya masalah kekedutan pada kulit. Keremajaan dan kerancakan kulit boleh dikembalikan dengan peningkatan tahap kolagen melalui perkembangan sains dan teknologi moden.

Keajaiban Kolagen Marin
Marin Kolagen adalah kolagen yang diperolehi daripada sumber-sumber laut seperti pelbagai aneka alga air masin seperti Laminaria dan Padina dan juga daripada ikan Kod dan ikan laut dalam.

Sumber Kolagen Marin
Secare umumnya, marin kolagen berasal dari ikan laut dalam seperti ikan kod. Produk ini adalah mesra alam sekitar kerana hanya bahagian-bahagian ikan yang tidak diingini digunakan untuk membuat marin kolagen. Kolagen marin adalah juga lebih bagus berbanding dengan kolagen haiwan disebabkan sumber pencemaran alam sekitar yang lebih rendah.

Prinsip Penggunaan Kolagen Marin
Dalam keadaan semulajadi, kolagen tidak dapat diserap secara bebas oleh kulit manusia kerana berat molekulnya yang lebih tinggi dan komposisinya yang lebih padat. Namun demikian, ia ditukar menjadi produk yang mudah diserap oleh badan dengan penambahan polipeptida kepadanya. Pengambilan marin kolagen yang tetap dapat membantu dalam penghasilan fiber segar pada kulit.

Jenis-jenis Kolagen
Jenis I – Jenis ini didapati secara semula jadi dalam tulang, kulit, tendon dan tisu-tisu lain.
Jenis III – Jenis ini ditemui di bahagian dan tisu badan kita yang mengalami perkembangan yang pesat. Ia didapati lebih di kalangan kanak-kanak di mana kulit mereka lebih lembut teksturnya jika disentuh. Kuantitinya menyusutkan selepas umur 25 tahun, dengan itu amat penting menggunakan produk luaran seperti marine kolagen untuk memenuhi keperluan kita.

Kebaikan Kolagen Marin
• Marin kolagen membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit dengan merangsang penghasilan kolagen baru pada lapisan kulit.
• Garis-garis halus dan kedutan berkurangan akibat peningkatan kepadatan serat dalam kulit.
• Kolagen membawa kepada pembaharuan sel.
• Ia mengurangkan pengecutan otot-otot muka, iaitu punca utama berlakunya masalah kedutan.
Apabila anda mencapai umur 25 tahun, penghasilan kolagen menjadi perlahan dan ini menyumbang kepada kemunculan garis-garis halus dan kedutan. Untuk membantu meremajakan kulit anda, marin kolagen dari sumber akuatik merupakan sumber kolagen terbaik untuk anda. Anda akan mendapat kulit rancak dan berseri apabila menggunakan produk yang mengandungi kolagen.

5-kesan-mudarat-sinaran-UV-terhadap-kehidupan-anda

5 kesan mudarat sinaran UV terhadap kehidupan anda

Setiap orang memerlukan cahaya matahari. Ia adalah sumber Vitamin D semula jadi yang terbaik. Tetapi sinar matahari sebenarnya adalah ultraviolet yang boleh membawa kesan buruk kepada anda! Sinaran matahari mengeluarkan sinaran UVA, UVB dan UVC. Semua sinaran UVC dan kebanyakan sinaran UVB dapat diserap oleh lapisan ozon sekitar bumi. Namun demikian, kebanyakan sinaran UV buruk ini yang sampai kepada kita akan membawa kepada peningkatan insiden kanser kulit.
Sinaran UV boleh menyebabkan kesan kesihatan yang kronik, memudaratkan sistem imun, membawa kepada masalah mata dan kanser kulit. Mari kita lihat kepada 5 kesan berbahaya sinaran UV.

1. Sunburn dan penuaan kulit – Penuaan kulit pra-matang, sunburn atau erythema (kemerahan kulit) merupakan kesan-kesan yang paling biasa berlaku akibat pendedahan sinaran UV. Ia merupakan mekanisme pertahanan badan terhadap pendedahan sinaran matahari. Pendedahan yang berpanjangan boleh memudaratkan kulit dan membawa kepada kerosakan kronik yang serius.
2. Kanser Kulit bukan jenis Melanoma – Kanser bukan jenis melanoma seperti karsinoma sel basal dan karsinoma sel squamous adalah kesan kronik sinaran UV yang boleh dirawat melalui pembedahan. Walaupun mereka jarang membawa maut, mereka boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan kerana kerosakannya biasaannya dijumpai di kawasan-kawasan badan yang terdedah seperti telinga, muka, leher, lengan, dan lain-lain.
3. Melanoma malignan – Ia merupakan salah satu jenis kanser yang paling dahsyat dan juga punca utama kematian akibat kanser kulit. Orang dengan warna kulit cerah, rambut berwarna merah atau cerah, ambang erythema yang lebih rendah selepas pendedahan sinaran UV yang berterusan, adalah lebih cenderung kepada kanser kronik ini.
4. Mata – Mata adalah salah satu bahagian yang paling sensitif dan bahagian yang terdedah dalam badan kita. Pendedahan sinaran UV yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan seperti photo-keratitis dan photo-konjunctivitis, radang bola mata dan kelopak mata. Walaupun kesan kedua-dua keadaan ini boleh diubah, mereka membawa komplikasi yang menyakitkan. Katarak juga boleh disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari dan sinaran UV yang keterlaluan. Katarak juga boleh menyebabkan buta pada peringkat kronik.
5. Sistem Imun – Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan UV boleh mengurangkan pertahanan badan kita terhadap tumor kulit. Sistem pertahanan yang merosot juga boleh meningkatkan risiko jangkitan virus, bakteria, parasit atau kulat dan mengurangkan keberkesanan vaksin.

kebaikan-senaman-untuk-kulit-yang-sihat

Kebaikan senaman untuk kulit yang sihat

Bukti saintifik terkini menunjukkan bahawa senaman mempunyai kesan dalam anti-penuaan kulit.

Hasil penyelidikan tentang kebaikan senaman untuk kulit yang sihat amat menakjubkan dan telah dipaparkan dalam New York Times pada bulan April.

Para penyelidik telah mengkaji kulit bahagian punggung bagi 29 orang lelaki dan wanita yang berusia 20 hingga 84 tahun. Mereka mendapati bahawa peserta berumur 40 tahun yang telah menjalankan senaman secara tetap mempunyai komposisi kulit seumpama seorang yang berusia 20 tahun.

Namun demikian, tidak dapat dijelaskan sama ada hasil penyelidikan tersebut adalah kesan daripada senaman tersebut, faktor genetik atau gaya hidup. Para penyelidik kemudian meminta sekumpulan sukarelawan yang tidak aktif berumur 65 tahun atau lebih tua mula bersenam.

Selepas tiga bulan, kulit sukarelawan dijalankan biopsi dan mendapati bahawa lapisan dalaman dan luaran kulit kelihatan lebih seperti kulit yang berusia 20 hingga 40 tahun!

Senaman pasti telah mengubah komposisi kulit mereka, tetapi BAGAIMANA ia mengubah komposisi kulit masih merupakan persoalan yang masih belum dijawab.
Satu teori mengenai kesan ‘myokines’ telah dibangkitkan. Ia merupakan bahan-bahan yang dilepaskan ke dalam aliran darah semasa senaman. Myokine, yang dikenali sebagai IL15, telah meningkat secara mendadak dan ini telah membawa para penyelidik dalam membuat kesimpulan bahawa myokines tambahan berkaitan dengan perubahan komposisi kulit yang berlaku melalui senaman.

Anda tidak perlu menjadi seorang saintis untuk mengetahui perubahan kulit anda secara mendalam. Anda hanya perlu tahu kebaikan senaman untuk kulit yang sihat:

5 faedah senaman untuk kulit yang sihat
1. Ia menggalakkan peredaran darah dan meningkatkan bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit, dengan itu ia dapat menjaga kulit anda sihat dan bertenaga
2. Ia menyingkirkan sel serpihan seperti radikal bebas daripada badan
3. Ia mengurangkan tekanan oksidatif dan ini boleh memperbaiki keadaan kulit daripada kerosakan seperti jerawat dan ekzema
4. Senaman membuatkan anda berpeluh dan ini membolehkan pembuangan toksin yang boleh menyumbat liang-liang kulit dan menyebabkan masalah jerawat. (Adalah penting untuk membersihkan muka anda selepas senaman untuk membuang toksin)
5. Ia merupakan cara anti penuaan-kulit kita kehilangan elastin apabila umur semakin meningkat. Melalui senaman, kita dapat membina otot tanpa lemak di bawah permukaan kulit, dan ini membolehkan kulit kita kelihatan tegang dan lebih muda.

Petua HOT: Senaman anti-penuaan yang paling bagus adalah latihan KETAHANAN, di mana anda menggunakan berat badan sendiri untuk mencabar otot anda, seperti lunges dan push-up.

Jangan lupa untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari dengan sunblock jika anda bersenam di luar rumah dan SENTIASA minum air yang mencukupi supaya badan kita kekal terhidrat semasa senaman (dehidrasi adalah faktor penuaan untuk kulit).

sel-stem-tumbuhan-keajaiban-dalam-anti-penuaan

Sel Stem Tumbuhan: Keajaiban dalam anti-penuaan

Bagaimana sel-sel stem tumbuhan dan buah-buahan dalam produk penjagaan kulit boleh menghalang tanda-tanda penuaan yang ketara?
Sel-sel stem tumbuhan dan buah-buahan adalah ramuan generasi baru dalam produk anti-penuaan dan penjagaan kulit.

Apa sebenarnya sel-sel stem?
Sel stem hadir dalam semua benda hidup: tumbuhan, haiwan dan manusia. Ia merupakan sejenis sel yang paling asas, iaitu bahan-bahan mentah di mana semua sel-sel lain dibuat. Sel stem boleh berkembang menjadi pelbagai jenis sel-sel dan mampu membahagi dan menjana semula. Ini menjadikan sel stem seumpama harta karun yang berpotensi untuk regenerasi dalam badan. Dalam dekad yang lalu, sel-sel stem manusia telah menjadi tumpuan dalam banyak pendebatan. Tetapi baru-baru ini ahli-ahli sains telah menemui satu cara untuk meneroka manfaat sel stem dalam penyembuhan dan regenerasi tanpa semua bagasi etika: iaitu pengekstrakan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Apakah kebaikan sel stem untuk kulit kita?
Sel-sel kulit tumbuh dan mati pada kadar yang cepat setiap bulan. Dengan serangan yang berterusan daripada radikal bebas, sinaran UV, toksin persekitaran dan pemakanan yang kurang baik, sel-sel kulit kita akan menghadapi risiko kerosakan dan mutasi yang berterusan. Tambahan pula, dengan peningkatan umur, bilangan sel stem menjadi berkurangan dan kadar pembaharuan sel juga semakin lambat. Natijahnya, kesan penuaan yang ketara berlaku seperti kedutan, kulit kusam dan tidak berseri. Dengan membekalkan kulit dengan sel stem yang baru, kulit kita dapat kelihatan lebih muda dan rancak.