kebaikan-senaman-untuk-kulit-yang-sihat

Kebaikan senaman untuk kulit yang sihat

Bukti saintifik terkini menunjukkan bahawa senaman mempunyai kesan dalam anti-penuaan kulit.

Hasil penyelidikan tentang kebaikan senaman untuk kulit yang sihat amat menakjubkan dan telah dipaparkan dalam New York Times pada bulan April.

Para penyelidik telah mengkaji kulit bahagian punggung bagi 29 orang lelaki dan wanita yang berusia 20 hingga 84 tahun. Mereka mendapati bahawa peserta berumur 40 tahun yang telah menjalankan senaman secara tetap mempunyai komposisi kulit seumpama seorang yang berusia 20 tahun.

Namun demikian, tidak dapat dijelaskan sama ada hasil penyelidikan tersebut adalah kesan daripada senaman tersebut, faktor genetik atau gaya hidup. Para penyelidik kemudian meminta sekumpulan sukarelawan yang tidak aktif berumur 65 tahun atau lebih tua mula bersenam.

Selepas tiga bulan, kulit sukarelawan dijalankan biopsi dan mendapati bahawa lapisan dalaman dan luaran kulit kelihatan lebih seperti kulit yang berusia 20 hingga 40 tahun!

Senaman pasti telah mengubah komposisi kulit mereka, tetapi BAGAIMANA ia mengubah komposisi kulit masih merupakan persoalan yang masih belum dijawab.
Satu teori mengenai kesan ‘myokines’ telah dibangkitkan. Ia merupakan bahan-bahan yang dilepaskan ke dalam aliran darah semasa senaman. Myokine, yang dikenali sebagai IL15, telah meningkat secara mendadak dan ini telah membawa para penyelidik dalam membuat kesimpulan bahawa myokines tambahan berkaitan dengan perubahan komposisi kulit yang berlaku melalui senaman.

Anda tidak perlu menjadi seorang saintis untuk mengetahui perubahan kulit anda secara mendalam. Anda hanya perlu tahu kebaikan senaman untuk kulit yang sihat:

5 faedah senaman untuk kulit yang sihat
1. Ia menggalakkan peredaran darah dan meningkatkan bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit, dengan itu ia dapat menjaga kulit anda sihat dan bertenaga
2. Ia menyingkirkan sel serpihan seperti radikal bebas daripada badan
3. Ia mengurangkan tekanan oksidatif dan ini boleh memperbaiki keadaan kulit daripada kerosakan seperti jerawat dan ekzema
4. Senaman membuatkan anda berpeluh dan ini membolehkan pembuangan toksin yang boleh menyumbat liang-liang kulit dan menyebabkan masalah jerawat. (Adalah penting untuk membersihkan muka anda selepas senaman untuk membuang toksin)
5. Ia merupakan cara anti penuaan-kulit kita kehilangan elastin apabila umur semakin meningkat. Melalui senaman, kita dapat membina otot tanpa lemak di bawah permukaan kulit, dan ini membolehkan kulit kita kelihatan tegang dan lebih muda.

Petua HOT: Senaman anti-penuaan yang paling bagus adalah latihan KETAHANAN, di mana anda menggunakan berat badan sendiri untuk mencabar otot anda, seperti lunges dan push-up.

Jangan lupa untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari dengan sunblock jika anda bersenam di luar rumah dan SENTIASA minum air yang mencukupi supaya badan kita kekal terhidrat semasa senaman (dehidrasi adalah faktor penuaan untuk kulit).