5-kesan-mudarat-sinaran-UV-terhadap-kehidupan-anda

5 kesan mudarat sinaran UV terhadap kehidupan anda

Setiap orang memerlukan cahaya matahari. Ia adalah sumber Vitamin D semula jadi yang terbaik. Tetapi sinar matahari sebenarnya adalah ultraviolet yang boleh membawa kesan buruk kepada anda! Sinaran matahari mengeluarkan sinaran UVA, UVB dan UVC. Semua sinaran UVC dan kebanyakan sinaran UVB dapat diserap oleh lapisan ozon sekitar bumi. Namun demikian, kebanyakan sinaran UV buruk ini yang sampai kepada kita akan membawa kepada peningkatan insiden kanser kulit.
Sinaran UV boleh menyebabkan kesan kesihatan yang kronik, memudaratkan sistem imun, membawa kepada masalah mata dan kanser kulit. Mari kita lihat kepada 5 kesan berbahaya sinaran UV.

1. Sunburn dan penuaan kulit – Penuaan kulit pra-matang, sunburn atau erythema (kemerahan kulit) merupakan kesan-kesan yang paling biasa berlaku akibat pendedahan sinaran UV. Ia merupakan mekanisme pertahanan badan terhadap pendedahan sinaran matahari. Pendedahan yang berpanjangan boleh memudaratkan kulit dan membawa kepada kerosakan kronik yang serius.
2. Kanser Kulit bukan jenis Melanoma – Kanser bukan jenis melanoma seperti karsinoma sel basal dan karsinoma sel squamous adalah kesan kronik sinaran UV yang boleh dirawat melalui pembedahan. Walaupun mereka jarang membawa maut, mereka boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan kerana kerosakannya biasaannya dijumpai di kawasan-kawasan badan yang terdedah seperti telinga, muka, leher, lengan, dan lain-lain.
3. Melanoma malignan – Ia merupakan salah satu jenis kanser yang paling dahsyat dan juga punca utama kematian akibat kanser kulit. Orang dengan warna kulit cerah, rambut berwarna merah atau cerah, ambang erythema yang lebih rendah selepas pendedahan sinaran UV yang berterusan, adalah lebih cenderung kepada kanser kronik ini.
4. Mata – Mata adalah salah satu bahagian yang paling sensitif dan bahagian yang terdedah dalam badan kita. Pendedahan sinaran UV yang berpanjangan boleh menyebabkan kesan seperti photo-keratitis dan photo-konjunctivitis, radang bola mata dan kelopak mata. Walaupun kesan kedua-dua keadaan ini boleh diubah, mereka membawa komplikasi yang menyakitkan. Katarak juga boleh disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari dan sinaran UV yang keterlaluan. Katarak juga boleh menyebabkan buta pada peringkat kronik.
5. Sistem Imun – Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan UV boleh mengurangkan pertahanan badan kita terhadap tumor kulit. Sistem pertahanan yang merosot juga boleh meningkatkan risiko jangkitan virus, bakteria, parasit atau kulat dan mengurangkan keberkesanan vaksin.